Kebaikan Solat untuk Kesihatan
Solat adalah tiang agama. Semua orang tahu mengenainya walaupun
bukan semua melakukannya dengan sempurna. Solat menjadi penghubung antara
manusia dengan maha pencipta. Namun, selain daripada itu, solat juga mampu
menjadi terapi kesihatan yang baik untuk tubuh badan. Gerakan-gerakan dalam
solat dapat menghasilkan satu terapi terhadap pencegahan penyakit apabila
diamalkan. Ianya sebenarnya merupakan salah satu bentuk senaman yang boleh
dilakukan selain kita mendapat pahala dan memenuhi tuntutan agama. Solat telah
terbukti baik dari sudut sains seperti yang diceritakan dalam buku Professor Dr
Wan Abu Bakar Wan Abas; “Solat kebaikan dari perspektif sains”.
Disini saya nyatakan beberapa kebaikan yang ada:
1) Terapi solat mendapati keadaan
sujud mencatatkan kadar denyutan jantung paling rendah dan baik untuk golongan
pesakit jantung.
Jika dilihat keadaan sujud adalah dimana kita tunduk meletakkan
muka kita di bawah. Maka kita mengakui kita adalah hamba. Di waktu sujud,
selalunya kita paling khusyuk kerana kita tidak melihat perkara lain melainkan
fokus kita terhadap penghambaan kita kepada Ilahi. Kadar denyutan yang rendah
sangat bagus kerana jantung akan menerima kurang tekanan. Ini memastikan
jantung menjadi lebih sihat, bukan sahaja kepada ynag berpenyakit jantung malah
mampu mengelakkan jantung yang sihat daripada mendapat penyakit.
2) Solat sunat sebanyak 3 kali
seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit dapat
merawat Erektil Disfungsi (ED) atau mati pucuk.
Tetapi janganlah nanti kita solat hanya sebab nk merawat mati
pucuk. Tetapkan niat kita untuk mendekatkan diri dengan yang Maha Esa, maka
pasti kita akan mencapai apa yang kita kehendaki asalnya kita ikhlas dengan
amalan kita.
3) Pesakit yang mengikuti terapi
solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90º, sakitnya pinggang
berkurang.
Lihatlah kebesaran Allah, bukan sengaja kita ditetapkan membuat
rukuk dengan betul yakni 90 darjah selari tulang belakang kita. Oleh itu,
haruslah kita perhatikan gerakan solat kita. Pastikan ianya betul. InsyaAllah
kita tidak rugi malah mendapat manfaat. Ajarkanlah anak-anak. Biasanya mereka
malas melakukan rukuk dengan betul. Jangan ia menjadi kebiasaan sehingga
dewasa. Ramai yang saya lihat melakukan rukuk 70 darjah sahaja atau ada juga
yang lebih 90 darjah. Daripada rukuk itu baik untuk merawat sakit pinggang,
apabila tidak dilakukan dengan betul, sakit yang kita dapat nanti.
4) Gelombang otak mempunyai beberapa
frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis
gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang iaitu semasa sujud.
Seperti yang telah diceritakan tadi, sujud menghasilkan keadaan
yang paling tenang dalam diri seseorang yang sedang solat.
5) Tabiat mengamalkan kedudukan
tulang belakang lurus ketika rukuk melambatkan proses penuaan, tisu bertambah
aktif, proses imbangan air dalam badan lebih baik dan melancarkan fungsi buah
pinggang.
Subhanallah! Lihatlah rahsia disebalik setiap ciptaan dan perintah
Allah.
Sedekah Bantu Anak Yatim & Dhuafa di Panti Asuhan Jakarta
ReplyDeleteSedekah Bantu Anak Yatim & Dhuafa di Pondok Yatim & Dhuafa
ReplyDelete