Sunday 4 May 2014

Gigit Kuku

Sebahagian orang mempunyai tabiat menggigit kuku.Sekiranya ditanya, jawapan seperti 'tabiat sejak kecil', 'susah dihentikan', 'tak boleh dikawal', antara penyebab mereka masih gigit kuku walaupun usia meningkat dewasa.....
Mereka kata, menggigit kuku dapat menenangkan diri bila menghadapi tekanan ataupun perasaan bimbang. Pelbagai teknik dan petua tingkas boleh dicuba untuk mengurangkan tekanan sekali gus mengatasi dorongan untuk gigit kuku. Disini disertakan cara yang berkesan untuk menghentikan tabiat gigit kuku ini .....



Kaji Punca

Mungkin pada awalnya anda hanya menggigit kuku sekadar suka-suka,Rasa bosan dan tidak lakukan apa-apa ketika menunggu membuatkan anda tidak sedar sedang menggigit kuku dan kemudiannya ia menjadi kebiasaan dan dilakukan setiap hari.
Untuk berhenti, buatkan diri anda sentiasa sedar dan beritahu orang sekeliling supaya tegur anda jika melihat anda sedang gigit kuku.

Alih Perhatian

Selepas menyedari kelakukan anda, sebolehnya cuba alih perhatian dengan buatkan tangan 'sibuk' dengan aktiviti lain seperti bermain 'game; di telefon bimbit,menconteng buku atau buat satu tugasan yang relevan. Buat kebiasaan yang baru seperti mengunyah gula-gula getah atau pun makan sesuatu yang ringan bagi membuat menghentikan tabiat ini.

Rawatan

Sesiapa yang elstrim dalam hal ini boleh mengakibatkan kecederaan. Kebiasaan menggigit kuku ( onychophagia ) sebenarnya adalah daripada sekumpulan perilaku yang termasuk dalam diagnosis ganguan obsesif kompulsif (OCD). Untuk mengatasi masalah ini, cuba rujuk kepada pakar dan lama-kelamaan pastinya ia akan hilang. Ataupun cara lain adalah dengan cara menjaga kuku secara rapi.

No comments:

Post a Comment