1.
Penambaikan beberapa elaun dan insentif penjawat awam termasuk
elaun tetap perumahan, elaun perkhidmatan awam yang sudah lama tidak dikaji
walaupun kos sara hidup melambung tinggi ketika ini
2.
Kadar hotel juga perlu dikaji semula kerana kadar hotel sudah
banyak kali naik. Realiti hari ini, melibatkan urusan rasmi kakitangan awam
terpaksa menanggung sendiri tambahan bayaran hotel.
3.
Kajian terhadap tuntutan perjalanan sedangkan harga petrol
banyak kali naik
4.
Bayaran Cola (Elaun Sara Hidup) diselaraskan
5.
Laluan kerjaya hendaklah diubah, laluan kerjaya yang lebih luas
harus dibuka kerana realitinya hari ini kerana semakin ramai pekerja awam
berkelulusan tinggi yang memilih untuk memegang jawatan yang rendah. Dijangka 5
akan datang, 75 peratus jawatan sektor awam akan diisi mereka yang ada
sekurang-kurangnya diploma.
6.
Kajian semula terhadap tempoh pengesahan
seseorang penjawat awam yang kini antara satu hingga tiga tahun yang dilihat
terlalu lamayang dipendekkan kepada hanya satu hingga enam bulan sahaja bagi
mengelakkan kalangan kakitangan awam meminjam Along kerana tidak layak memohon
pinjaman bank, dan membeli rumah
7.
Kajian terhadap perkhidmatan tertutup yang melibatkan 154 pihak
berkuasa tempatan dan badan berkanun yang termasuk 20 institusi pengajian
tinggi awam.
8.
Kerajaan supaya menukar status kuarters kerajaan sebelum merdeka
menjadi rumah sewa kerajaan dan dikenakan sewa pada kadar RM124 kerana ketika
ini penjawat awam yang menduduki kuarters mereka hilang elaun rumah dan Cola
pula diberi pada separuh kadarnya.
9.
Memberikan cuti antara 12 hingga 15 hari kepada penjawat awam untuk
menunaikan umrah. “Dalam Perintah Am, setiap pekerja Islam, boleh ambil sekali
cuti untuk menunaikan Haji. (Masalahnya) kalau daftar haji hari ini, mereka
layak pergi pada 2075. Sebab itu Cuepacs cadangkan cuti untuk menunai umrah
sebagai ganti cuti Haji. Sekiranya ada peluang penjawat awam menunai haji,
kekurangan 12-15 hari itu boleh ditampung dengan cuti rehat
10. Mengubah
pengiraan ganjaran persaraan daripada 7.5% kepada 10.5%, jumlah pencen dinaikkan
daripada 60% kepada 70 % atau daripada 360 bulan kepada 372 bulan. Apabila
pencen nanti, penjawat awam dapat nilai pencen yang tinggi sedikit. Pencen
minimum sekarang ialah RM820 yang di bawah garis kemiskinan tetapi ada kenaikan
dua peratus setahun. Faedah persaraan sekarang juga kecil sangat, walaupun
telah berkhidmat 40 tahun pun tak mampu nak beli sebuah rumah
11. Membantu
kumpulan penjawat awam yang gajinya di bawah RM3,000 kerana mereka kini berada
dalam keadaan tertekan malah ada yang bergaji di bawah garis kemiskinan iaitu
RM880.
No comments:
Post a Comment