Sistem bersepadu yang menggabungkan 5 agensi bantuan kecemasan
dalam satu platform bagi mengendali dan menyalurkan panggilan serta maklumat
kecemansan melalui satu nombor iaitu 999
POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) |
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA (JBPM) |
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) |
JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (JPAM) |
JABATAN PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA (APMM) |
FUNGSI MERS 999
Bilakah waktu untuk
menghubungi 999?
Bila bantuan diperlukan ketika kecemasan dan hanya ketika
KECEMASAN!
Keadaan di mana
tidak perlu menghubungi 999
Jangan hubungi 999 untuk keadaan tidak terdesak. Jika keadaan
tidak merbahaya dan tindakan serta-merta tidak diperlukan; contohnya
bila tiada risiko kepada nyawa dan harta benda atau jika pesalah telah
beredar dan kemungkinan besar ia tidak kembali, maka itu bukan dikira sebagai
kecemasan. Masa yang terbuang menjawab panggilan-panggilan seperti ini boleh
digunakan untuk menjawab panggilan kecemasan yang tulen.
Bagaimana untuk
menghubungi 999?
Nombor 999 boleh dihubungi daripada mana-mana talian tetap atau
mudah alih.
Apa yang berlaku
bila 999 dihubungi?
Operator 999 akan menjawab panggilan anda dalam masa 10 saat.
Sila bertenang.
Maklumat yang
diperlukan
a) Bila operator menjawab panggilan, terangkan situasi kecemasan
dengan jelas dan jawab soalan mereka. Maklumat yang diberi adalah penting untuk
menentukan badan kecemasan yang perlu memberi tindak balas.
b) Sila bertenang. Apabila pemanggil berada dalam keadaan tidak
tenteram, sukar untuk maklumat-maklumat penting diterima dengan jelas.
c) Tunggu di talian. Jangan letak telefon!
d) Berikan nama dan alamat. Jika tempat kejadian berbeza dengan
alamat, sila pastikan operator diberitahu.
e) Dalam keadaan kecemasan perubatan, sila bersabar ketika
memberikan maklumat kepada operator supaya tahap keparahan situasi dapat
dikenal pasti. Pemanggil akan dinasihati tentang cara-cara mengendali pesakit
ketika bantuan dalam perjalanan.
No comments:
Post a Comment