Sanggup bangun awal sebab takut lewat pegi kerja....tapi nak bangun solat subuh punyalah liat....jadi dibawah ini disediakan sedikit tips@motivasi untuk cara bangun solat subuh dengan bersemangat........
1. Ikhlaskan niat hanya
kerana Allah s.w.t. dan berikanlah hak-hakNya. Niat yang ikhlas akan mendorong
anda mengorbankan apa-apa kekangan yang menghalang seperti mengantuk, tilam dan
bantal yang empuk, kesejukan yang menggigit dan sebagainya.
2.Tanam tekad yang jitu,
semangat juang yang tinggi (strong will) dan muhasabahlah diri setiap hari.
3. Bertaubat daripada
dosa dan berniatlah untuk tidak mengulanginya kembali.
4. Memperbanyakkan
berdoa agar Allah s.w.t. memberikan kesempatan untuk solat Subuh.
5. Carilah kawan yang
baik. Wujudkan komuniti (keluarga atau sahabat) yang boleh sama-sama bangun
awal dan solat Subuh.Jika berseorangan terasa lemah untuk mujahadah,
bertemankan sesama beribadah dan melakukan ketaatan.
6. Latih diri untuk
tidur mengikut sunnah Nabi s.a.w. seperti dengan tidur awal agar mudah bangun
awal, berwuduk sebelum tidur, tidur mengiring di atas rusuk kanan dan berdoa.
7. Elakkan makan lewat malam atau makan dalam jumlah yang banyak
kerana ia boleh menyebabkan susah bangun awal pagi.Jauhilah juga
minuman berkafein seperti kopi atau teh pada waktu malam, dikhuatiri susah
tidur malam yang seterusnya akan membawa kepada susah bangun pagi dan
berkemungkinan terlepas solat Subuh.
8. Pasang penggera yang
boleh mengejutkan anda bangun untuk solat Subuh.Tetapkan supaya penggera
berbunyi beberapa minit sebelum azan Subuh.Sebaik sahaja bangun, cuba hayati
azan Subuh terutamanya lafaz “solat itu lebih baik daripada tidur”. Kemudian
bingkas dan lekas berwuduk bagi menunaikan solat Subuh.
9. Ajaklah orang lain bangun solat Subuh dan mulakanlah
dengan diri sendiri dan keluarga.
10. Cuba hayati keindahan waktu pagi, kesegaran udaranya,
kedinginan hawanya, kicauan burung, suasana yang damai daripada hiruk-pikuk,
mutiara embun yang jernih dan sebagainya.Kemudian tanamlah tekad ingin
menikmati lagi dengan selalu bangun awal dan solat Subuh awal waktu.
Selamat mencuba, semoga
niat murni kita ini memperoleh keberkatan dan keredhaan oleh Nya. In Shaa Allah
Sedekah Bantu Anak Yatim & Dhuafa di Panti Asuhan Jakarta
ReplyDelete