Apakah GST? Bagi yang
masih "blur" tentang maksud di balik akronim ini, silalah membaca
dengan lebih lanjut artikel yang saya salin dan tampal di bawah ini.
Namun, biar apa-apa
pun argumen dan pendapat yang diberikan, saya amat bersetuju dengan satu
kiriman oleh Pak Kadir. Katanya,GST: Tidak Ada Cukai Yang Tidak Membebankan.
Jika namanya "cukai" maka rakyat selaku pengguna perlu membayar
sejumlah nilai yang telah ditetapkan. Antaranya beliau menulis:
Cukai dalam apa bentuk
sekalipun akan menjejas kesejahteraan orang atau pihak yang membayarnya. Sebab
itulah macam-macam cara dan kaedah diperkenalkan oleh pemerintah di dunia bagi
mengurangkan beban dan persepsi negatif percukaian.
Dalam keadaan paling
teruk atau ekstrem, tindakan memperkenalkan cukai baru atau menaikkan kadar
cukai yang sedia ada telah mencetuskan rusuhan dan dalam hal-hal tertentu telah
menjatuhkan kerajaan.
Di negara kita
sendiri, cadangan GST ini sudah lama dibuat tetapi tidak dilaksanakan kerana
kerajaan kurang yakin dan kurang pasti kesannya kepada pembayar cukai dan
pengguna.
Yang pasti adalah
kerajaan tidak ada kerajaan yang akan memperkenalkan GST atau apa juga cukai
jika ia tidak menambah hasil (pendapatan) perbendaharaan.
GST atau dalam bahasa
Inggeris Goods and Services Taxadalah sejenis cukai di mana apa sahaja barang dan perkhidmatan
yang digunakan oleh pengguna mengandungi elemen cukai. Sebab itulah ia juga
dikenali sebagai cukai kepenggunaan (consumption tax). Dalam erti kata yang lain, asasnya jauh
lebih luas daripada Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang ada sekarang.
Berkaitan:
KEWAJARAN & IMPLIKASI GST
Cadangan untuk
mengganti sistem cukai jualan dan perkhidmatan kepada cukai konsumpsi yang
digelar sebagai GST telah diumumkan pada pembentangan bajet 2005 oleh Perdana
Menteri ketika itu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Awalnya ia dicadang
untuk dikuatkuasakan bermula 1 hb Januari 2007. Dalam usaha untuk meningkatkan
keberkesanan pengurusan kewangan kerajaan, Bajet 2005 mencadangkan penyusunan
semula sistem percukaian negara termasuk mengkaji peruntukan yang disediakan di
bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Ini katanya bertujuan untuk menjadikan sistem
percukaian negara lebih berkesan dan berupaya menjana hasil negara.
GST akan menggantikan
cukai jualan dan perkhidmatan yang sedia ada. Pada masa ini cukai jualan
dikenakan ke atas barangan ketika diimport atau di peringkat perkilangan. Cukai
perkhidmatan pula dikenakan ke atas perkhidmatan tertentu termasuk profesional,
hotel dan restoran.
GST didakwa sebagai sistem
cukai yang lebih komprehensif , efisyen , telus dan efektif. Ia juga diduga
akan menambahkan pendapatan cukai tahunan untuk kerajaan. Dalam sebuah reaksi
seorang pensyarah perakaunan dari UiTM berpendapat GST tidak membebankan dan
akan menambahkan hasil negara.
Pada 29 November 2009
Menteri Kewangan Kedua , Datuk Ahmad Husni Hanadzlah dalam kenyataannya telah
mendakwa kerajaan akan memperoleh pendapatan cukai tahunan sebanyak RM 1 bilion
dari GST. Beliau berkata sebanyak 143 buah negara telah melaksanakan GST. Dalam
Asean hanya Malaysia, Brunei danMyanmar yang belum memperkenalkannya.
Ditambah lagi ,
dikatakan GST akan dapat mengurangkan cukai korporat dan cukai pendapatan
individu.
Kini negara jiran yang
melaksanakan GST adalah Singapura,Thailand, Indonesia dan
Filipina . Kadar GST yang diguna oleh negara-negara ini waktu ini ialah
Singapura 5%, Thailand 7%, Indonesia 10% (digelar sebagai cukai nilai tambah -
VAT) dan Filipina 10%.
GST dijangka
dilaksanakan 18 bulan selepas bacaan kedua rang undang-undang pada Mac tahun
depan (2010). Ini bermakna cukai itu akan berkuat kuasa sekitar Ogos atau
September 2011.
Apa itu GST?
VAT/GST diperkenalkan
di Perancis pada 1954 oleh Maurice Lauré, untuk mengganti sistem yang sangat
bergantung kepada cukai yang tidak menentu berdasarkan jualan bagi menyeimbang
dengan sistem cukai pendapatan yang tidak begitu berkesan.
Kini 138 negara
melaksanakan Value Added Taxes (VAT) sementara beberapa negara – terutama US ,
mengenakan cukai jualan , biasanya cukai pada satu aras sahaja diperingkat
runcit. Dalam hamper semua negara cukai-cukai ini adalah sama ada penyumbang
terbesar atau penyumbang kedua besar kepada perolehan negara.
GST atau dalam bahasa
Inggeris Goods and Services Tax adalah sejenis cukai di mana apa
sahaja barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna mengandungi elemen
cukai. Sebab itulah ia juga dikenali sebagai cukai kepenggunaan
(consumption tax). Dalam erti kata yang lain, asasnya jauh lebih luas daripada
Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang ada sekarang.
GST adalah cukai
penggunaan dan ia berasaskan konsep nilai ditambah. GST dikutip daripada
pelanggan untuk pihak kerajaan oleh organisasi perniagaan yang berdaftar dengan
pihak berkuasa cukai.
Lazimnya, pembekal
atau penjual boleh mendaftar untuk mengutip GST jika jumlah jualan tahunan bagi
produk atau perkhidmatan yang dibekal melebihi jumlah tertentu yang ditetapkan.
GST diambil kira dalam
setiap tahap urus niaga. Jumlah jualan barangan dan perkhidmatan (dikenali juga
sebagai bekalan) merupakan jumlah nilai yang diterima oleh organisasi
perniagaan (tidak termasuk GST) ke atas semua aktiviti yang dicukai.
Aktiviti yang dicukai
merangkumi aktiviti yang dijalankan secara berterusan. Organisasi perniagaan
yang berkenaan hendaklah membekal (atau bersetuju untuk membekal) barangan atau
perkhidmatan kepada pengguna sama ada untuk tujuan mendapat untung atau tujuan
lain seperti aktiviti perdagangan, pembuatan, kerjaya, persatuan atau kelab.
Harga bekalan yang
dijual ditetapkan selepas mengambil kira GST. Organisasi perniagaan juga boleh
menuntut kredit cukai bagi setiap GST yang telah dimasuk kira dalam bekalan
yang dibeli untuk tujuan mengendalikan perniagaan. Kredit cukai ini dikenali
sebagai "kredit cukai input''.
Akhirnya pengguna
akan menanggung kos GST tersebut. Bagaimanapun, penyerahan GST kepada
pihak berkuasa adalah tanggungjawab penjual bukannya pengguna terakhir.
7 poin mengenai GST
1. Peniaga dikehendaki mengenakan caj GST pada kadar yang akan ditentukan ke atas
barangan dan perkhidmatan yang dibekalkan . GST yang dikutip dibayar kepada
kerajaan.
2. GST dikenakan ke atas bekalan yang dicukai iaitu hampir semua barangan dan
perkhidmatan.
3. Peniaga bayar GST bila membeli barangan dan perkhidmatan. Biasanya mereka boleh
menuntut kembali kredit “cukai input ” kepada GST yang dibayar.
4. Kredit “ cukai input ” ditampung semula dari GST yang dikutip.
5. Jika caj GST melebihi kredit “ cukai input ” bagi satu tempoh , peniaga perlu remit GST
kepada kerajaan. Jika kredit “cukai Input” melebihi GST yang dicaj, peniaga
akan biasanya mendapat wangnya semula (refund).
6. Kesan akhirnya peniaga mengenakan caj GST tetapi tidak menyimpannya dan membayar GST
tetapi mendapat kredit “cukai input”.
7. Beban akhirnya ialah pengguna.
Bekalan yang dikecualikan cukai
Bagaimanapun, barangan
atau perkhidmatan yang merupakan keperluan asas tidak dikenakan cukai. Di
Australia, umpamanya, barangan dan perkhidmatan yang tidak dikenakan cukai
termasuk barangan makanan asasi (kecuali makanan tersedia, makanan bawa-balik,
snek, alkohol dan minuman ringan), perkhidmatan kesihatan, ubat-ubatan,
pendidikan dan penjagaan kanak-kanak, utiliti, barangan tertentu yang
dibekalkan oleh pertubuhan amal dan agama, dan barangan dan perkhidmatan yang
dieksport.
Pelaksanaan GST di
negara ini merupakan satu langkah wajar memandangkan kebanyakan negara lain
telah melaksanakannya. Di samping itu, jaminan kerajaan untuk mengecualikan
cukai tersebut terhadap barangan dan perkhidmatan keperluan asas bertujuan
untuk tidak membebankan pengguna berpendapatan rendah di samping mengelak
berlakunya inflasi. GST hanya dikenakan kepada barangan atau perkhidmatan mewah
yang mampu dibeli oleh pengguna berpendapatan tinggi. Di samping itu perniagaan
kecil juga dikecualikan daripada GST.
Ada yang mengsyaratkan
jika diuruskan dengan baik dengan kerjasama pelbagai pihak, GST mampu
meningkatkan hasil negara melalui peningkatan kadar pematuhan cukai.
Di samping itu, sistem
ini juga dapat memastikan setiap perniagaan menyimpan rekod kewangan dengan
lebih sempurna. Walaupun pelaksanaan sistem GST dianggap mencabar, tempoh yang
selesa sebelum pelaksanaannya membolehkan setiap lapisan masyarakat diberi
pengetahuan mengenainya.
Isu-isu dan implikasi GST
Setelah pelaksanaan
terpaksa ditangguh dari 1 Januari 2007 sehingga sekarang ternyata ada perkara
yang tidak beres.Kerajaan wajib tahu dan yakin bahawa pelaksanaannya nanti
tidak menjejaskan kesejahteraan rakyat .
Dengan
syarat Malaysia merupakan negara yang berpendapat tinggi , GST
mungkin nampak wajar. Secara teori ia juga GST dilihat menutup lubang
kesempatan mereka yang cuba menghindari dari membayar cukai . Di
negara-negara Scandinavia implementasi GST secara berkesan telah
membawa kepada manfaat sosial dalam pendidikan, khidmat kesihatan, pengangkutan
dan pemeliharaan kanak-kanak.
Namun terdapat
beberapa persoalan yang perlu dipertimbangkan dalam konteks Malaysia
pada waktu ini. Kami huraikan seperti berikut:
1. Soal pertama , apakah memperkenalkan GST atau apa juga cukai untuk menambah
hasil (pendapatan) perbendaharaan tidak akan menambahkan bebanan ke atas
rakyat. Pada hakikatnya tiada cukai yang tidak membebankan.
2. Kedua, pelaksanaan GST jika tidak diawasi dengan ketat akan diperalat
dan dimanipulasikan oleh pengeluar, pengedar dan peruncit untuk menipu
(profiteering).
Di sinilah kita
meletakkan satu lagi penanda aras kepada KPI Perdana Menteri kerana dia juga
adalah Menteri Kewangan. Idea dan pelaksanaan GST kini menjadi tanggungjawab
mutlak beliau.
3. Dan ketiga, tambahan hasil cukai daripada GST akan hanya memanfaatkan
pembayar cukai dan rakyat jelata jika dibelanjakan dengan berhemah. Setakat ini
rekod pencegahan pembaziran dan penggunaan berhemah tabungan negara oleh sektor
awam belum cukup meyakinkan.
Dalam ketidakpastian
inilah pihak kerajaan nampaknya terpaksa membuka ruang untuk pihak masyarakat
awam dan swasta serta persendirian berpartipasi untuk memberi maklum balas
mengenai pelaksanaan GST. Untuk ini pihak kerajaan telah mengumumkan penubuhan
Panel Penyemakan Sistem Percukaian termasuk Akta Cukai Pendapatan 1967 yang
dianggotai oleh 8 orang , 3 orang dari sektor awam dan 5 dari sektor swasta.
Timbalan Ketua Setiausaha Kementeri Kewangan dari Bahagian Cukai akan
mempengerusi Panel ini.
4. Selanjutnya isu yang berbangkit lagi ialah sejauh mana pendapatan individu
atau syarikat dapat disimpan bila cukai pendapatan dikurangkan dalam regim
percukaian GST? Yang menjadi kekhuatiran lagi ialah bila syarikat mengambil
kesempatan untuk menaikan harga barangan dan perkhidmatan akibat pengumuman
awal ini, seperti yang berlaku di beberapa negara ini.
Kini syarikat menunggu
pengumuman selanjutnya untuk bersiap meohon lesen mengutip GST dari para
pembekal, pengeluar, pemborong , peruncit serta pengguna.
5. Jika dilihat dari satu sudut percukaian GST berdasarkan
kepenggunaan nampak semacam lebih
adil. Ini adalah kerana ada beberapa katagori dalam masyarakat yang tidak
membiar cukai.
Namun persoalannya
yang lain juga ialah bagaimana pihak kerajaan hendak mewujudkan mekanisme yang
lebih mudah bila GST dilaksanakan. Sistem GST ini mempunyai mekanisme pengiraan
yang rumit jika para pengusaha tidak memahaminya dengan baik.
Sehingga ini sangat
sedikit pengusaha terutama peniaga kecil dan sederhana (IKS) memahami implikasi
dan cara mengendali perniagaan mereka berdasar sistem GST.
Jika sistem GST
seperti Eropah di laksanakan di Malaysia matlamat yang hendak dicapai tidak
akan berhasil. Konsep terpenting ialah mudah dan lancar.
Lantaran itu pelbagai
pihak menyifatkan penangguhan pelaksanaan GST sebagai wajar bagi memastikan
tahap kesediaan masyarakat perniagaan di negara ini menghadapi amalan itu.Masa
lebih panjang diperlukan bagi golongan sasar membuat persediaan dan memahami konsep
sebenar GST serta kesannya terhadap bidang yang diceburi.
Kerajaan akhirnya
mengakui penangguhan perlu untuk memberi ruang kepada kerajaan mengemas kini
prosedur dan tindakan yang perlu diambil seiring pelaksanaan GST, manakala
syarikat mempunyai masa untuk melengkapkan persiapan seperti menentukan sistem
terbaik dari segi penyimpanan resit dan sebagainya. Bagi perniagaan bersaiz
besar, sistem penyimpanan pelbagai dokumen dan resit mungkin perlu diuruskan
pihak profesional kerana banyak yang perlu dikendalikan.
6. Pada realitinya GST adalah sistem yang sangat kompleks. Jika keupayaan yang sama tidak dirasai oleh
semua pihak maka sistem ini akan menjadi pincang.
Akibatnya GST yang
diandai sebagai mekanisme meningkatkan pendapatan kerajaan bagi mencapai
sasaran pengurangan defisit dalam bajet tahunan akan gagal dicapai. Setakat ini
sudah 8 tahun berturut kerajaan membentangkan bajet defisit dan setiap kali
menyasarkan pengurangan defisit berbanding KNK ia gagal dicapai malah defisit
semakin melebar.
Sehingga ini tidak
adapun suatu roadmap berdasarkan jangka waktu yang jelas yang dapat dibentang
oleh kerajaan untuk mencapai bajet yang seimbang. Sehingga ini nampaknya hanya
negeri Kelantan , Selangor dan Pulau Pinang sahaja
yang mencapai bajet seimbang.
7. Satu persoalan lagi ialah sejauhmana GST dapat menyumbang kepada pengurangan bajet
defisit negara. Sebab itu ada yang mencadangkan selain Panel Penyemakan Sistem
Percukaian , di parlimen sendiri harus mengujudkan sebuah Jawatankuasa bebas
mengenai Reformasi Percukaian. Ini penting kerana akhirnya ahli Parlimen-lah
yang akan melulus atau menolak sebarang perubahan sistem percukaian.
Jawatakuasa ini boleh memberi input melalui kajian tersendiri untuk
dipertimbangkan oleh sidang parlimen.
8. Satu implikasi lain , berbanding sistem cukai langsung (direct tax) kepada badan
korporat dan individu , ialah GST juga dilihat sebagai sistem percukaian yang
regresif iaitu semakin tinggi pendapatan individu atau korporat semakin rendah
bahagian dari pendapatan itu disalur kepada membayar cukai. Sebaliknya lebih
rendah pendapatan lebih besar pula bahagian pendapatan itu yang perlu disalur
kepada pembayaran cukai. Bermakna sistem ini lebih memberi tekanan kepada
golongan miskin dan berpendapatan kecil. Jaminan bahawa golongan berpendapatan
rendah tidak akan terbeban belum menyakinkan. Mekanisme GST yang diumumkan
belum jelas menghuraikan kesan yang sangat fundamental kepada golongan
berpendapatan rendah yang sangat sensitif kepada harga barangan dan
perkhidmatan ini. Apa yang dikhuatirkan ialah bebanan akan bertambah kepada
golongan miskin , daya saingan pengusaha kecil dan sederhana akan terhakis.
Seorang penulis surat
bernama Andrew Fan yang disiarkan dalam akhbar NST dengan sangat jelas
menghurai persoalan ini seperti berikut:
“Let me use his
illustrations: An individual earns RM35,000 a year (RM2,916 a month). His
income tax for that year is RM1,526 a year. That means his effective disposable
income is RM33,474. Assume GST of five per cent is applied. Everything
this individual buys will be more expensive by five per cent, causing his real
disposable income to decline to RM31,880 (RM33,474 divided by 105 per
cent). This means the GST cost to the in individual in real terms is
RM1,595. Given this scenario for an individual, the government’s
suggestion to lower the effective income tax rate to compensate for GST rings
hollow. Even if income tax rates dropped to zero, it would not cover the GST
cost.”
Berdasarkan pengiraan
ini GST yang akan dikena keatas semua barangan dan perkhidmatan tidak memberi
manfaat kepada mereka yang berpendapatan sederhana kerana ia mengurangan daya
membeli dan akibatnya menjejaskan kualiti hidup. Pergiraan dia atas juga akan
lebih parah bagi individu setelah diambilkira faktor rebet , pemotongan cukai
pendapatan dan kadar cukai lebih rendah bagi mereka yang berpendapatan rendah.
Akibatnya jurang pendaptan akan bertambah luas.
Hanya 15% dari tenaga
kerja di negara ini dikenakan cukai. Oleh itu pengurangan cukai pendapatan
dini’mati oleh golongan yang berpendapatan tinggi dan bukan membantu golongan
berpendapatan rendah.
9. GST juga tidak baik untuk IKS. Kebanyakan IKS akan rugi dan hanya untung
sedikit pada awal ia beroperasi . Jadi IKS tidak dikenakan cukai korporat atau
membayar cukai korporat yang rendah ketika ia mula beroperasi. Namun GST, akan
memberi kesan kepada pengusaha kecil bermula hari pertama beroperasi.. Dari
hari pertama lagi ia terpaksa menggenakan pelanggannya dengan caj yang lebih ke
atas barangan dan perkhidmatannya . Akibatnya permintaan kepada barangan atau
perkhidmatannya akan berkurangan.
10. Dasar kerajaan untuk laksana GST juga dilikita untuk
bermesra pada kaum korporat ataupun untuk terus
“business friendly” . Namun strategi ini dilihat memindahkan beban cukai
daripada lapisan kaya kepada rakyat biasa. Strategi ini sedang dilaksanakan - 4
peratus ke 26 peratus. Seperti yang dinyatakan dalam ucapan MP Sg. Siput , Dr.
Jeyakumar Devaraj , di parlimen baru-baru ini, beliau memetik daripada m/s 9
Biznews pada 29/10/09.
“The Goods and
Services Tax will stabilise the government’s finances in the long run says
Ernest & Young. XX, one of its partners suggested that the strategy would
be to start low and pull up the rate every few years. As in most countries with
the GST in place, a reduction in corporate and personal tax will follow suit he
said.”
GST yang dicadangkan
ini memberi kuasa kepada Menteri Kewangan untuk menentukan kadar cukai mengikut
pertimbangannya sendiri.
11. GST juga dilihat boleh mengakibatkan kenaikan inflasi yang
mendadak bila harga barangan
akan naik akibat kos perniagaan bertambah. Dengan adanya “input tax” dan
“output tax” yang dikenakan kepada sepanjang rantai pengeluaran barangan dan
perkhidmatan , harga yang lebih tinggi terpaksa dibayar oleh pengguna. Sebarang
pengurangan cukai pendapatan tidak dapat menampung kenaikan harga barangan dan
perkhidmatan.
12. Walaupun GST dapat menjimatkan kos sehingga RM 1.4 bilion
kerana cukai eskport dikurang kepada 4% dari 10% dan cukai professional juga
tidak perlu dibayar , akan tetapi
pengeskport dan ahli perniagaan akan memindahkan cukai itu kepada pengguna yang
akan mengakibatkan kerugian bagi golongan yang berpendapat sederhana dan
rendah.
13. Kami berpendapat GST boleh mencetuskan apa yang dipanggil
kegiatan ekonomi tersembunyi (underground economy). Ini kerana GST akan mengwujudkan beban
administratif ke atas kerajaan dan pengusaha. Soalnya apakah ada sistem cukai
yang kerajaan boleh mendapatkan perolehan yang sama tetapi akan lebih adil
kepada pengguna dan peniaga kecil, tiada memeningkan pengusaha kecil dan
menggalakkan kerajaan pusat dan negeri untuk bekerjasama dan mengharmonikan
polisi cukai .
Umumnya menganggarkan
5-20% dalam mana-mana aktiviti economi akan merupakan ekonomi yang tidak
didedahkan. GST boleh mecetuskan kegiatan ini dengan lebih banyak.
Sebuah sistem cukai
adalah cekap bila ia tidak menggangu sebarang keputusan dan perilaku ekonomi .
Sebuah sistem cukai perlu diujudkan yang dapat membendung aktiviti ekonomi
tersembunyi.
Sebahagian kelompok
bisnes akan melakukan kegiatan ekonomi seperti ini kerana GST membebankan dan
sangat kompleks untuk diurus. Jika GST boleh mengakibatkan hal ini ,maka
kerajaan akan hilang perolehan lebih tinggi berbanding apa yang sepatutnya .
Pengalaman negara kaya
seperti Kanada sekalipun mendapati kos pengurusan didapati meningkat bila GST
dilaksanakan . Pada 1991-92 ia terpaksa mengeluarkan belanja $486 juta dan
memerlukan kakitangan seramai 4,400 orang untuk menguruskan GST. Jika kos
persendirian atau swasta bagi setiap RM 1 yang dicampur untuk menguruskan GST ,
ia tidak akan mencapai objektif seperti yang didakwa. Kos masa yang diambil
dalam pengurusan GST dijangka akan lebih tinggi dari biasa.
Pengalaman Australia
dengan GST
Mengikut catatan
sebuah laporan negara dengan per kapita yang tinggi pun mengelami kritikan
terhadap pelaksanaan GST seperti berikut:
“Critics have argued
that the GST is a regressive tax, which has a more pronounced effect on lower
income earners, meaning that the tax consumes a higher proportion of their
income, compared to those earning large incomes. Peter Costello, the acting
Federal Treasurer who introduced the GST, counters that, due to the
corresponding reductions in personal income taxes, state banking taxes, federal
wholesales tax and some fuel taxes that were implemented when the GST was
introduced, people were effectively paying no extra tax.The preceding months
before the GST became active saw a spike in consumption as consumers rushed to
purchase goods that they perceived would be substantially more expensive with
the GST. Once the tax came into effect, consumer consumption and economic
growth declined such that by the first fiscal quarter of 2001, the Australian
economy recorded negative economic growth for the first time in more than 10
years. Consumption soon returned to normal however. The Government was
criticised by small business owners over the increased administrative
responsibilities of submitting Business Activity Statements on a quarterly
basis to the Australian Taxation Office. A study commissioned by theCurtin
University of Technology, Perth in 2000, argued that the introduction
of the GST would negatively impact the real estate market as it would add up to
8 percent to the cost of new homes and reduce demand by about 12 percent.[10]
The real estate market returned to boom between 2002 and 2004 where property
prices and demand increased dramatically, particularly in Sydney and Melbourne.
During the 2004-2006 period Perth has also witnessed a sharp climb in real
estate prices and demand.”
PENUTUP
GST jika tidak
diimbangi dengan kos yang akan lebih tinggi yang terpaksa ditanggung dalam
menguruskannya akan menjadikan sistem cukai ini membebankan bukan sahaja kepada
rakyat malah juga kepada kerajaan. Lebih penting lagi ialah apabila peningkatan
perolehan yang didakwa akan didapati oleh kerajaan tidak pula diselaraskan
dengan langkah-langkah membendung pembaziran dan penyelewangan , akan
menjadikan GST bukan suatu sistem cukai yang bermanfaat malah mencetuskan
musabah ekonomi yang lebih besar.
Yang pasti
memperkenalkan reformasi sistem cukai yang ada sekatang bukan mudah. Reformasi
cukai tidak harus hanya dengan GST atau nama apapun. Hasil akhirnya memberi
implikasi harga sosio-ekonomi dan politik yang tinggi untuk dibayar.
No comments:
Post a Comment