1.
Mereka menyembelih unta pada tanggal 1 Rejab sebagai binatang korban dan
menamakan korban itu dengan nama Fara'
2.
Menjelang 10 Rejab, mereka kan menyembelih seekor lagi unta dan korban ini
dinamakan Utairah
3.
Sepanjang bulan Rejab, mereka diharamkan berperang dan berbunuhan
4.
Pada tanggal 1 Rejab, mereka akan membuka pintu Kaabah sepanjang hari
dengan tujuan memberi peluang kepada orang ramai beribadat
sepuas-puasnya.
Walaubagaimanapun,setelah kedatangan Islam, sebahagian amalan tersebut tidak
dilakukan lagi seperti menyembelih unta pada 1 dan 10 Rejab berdasarkan
sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Tidak ada
penyembelihan haiwan pada tanggal 1 dan 10 Rejab dalam Islam"
(Hadis Riwayat
Bukhari dan Muslim)
MAKNA / HURAIAN
KALIMAH " REJAB "
Rahmat :
Diantara rahmat
Allah yang terbesar dikurniakan kepada hambaNya ialah dengan ditambahkan
amalan-amalan seperti berpuasa pada siangnya dan mengerjakan
sembahyang-sembahyang sunat disamping fardhunya yang tertentu dan banyak
berzikir, bertasbih, berselawat, membaca al-Quran, beristighfar, mohon
keampunan dan taubat dosa-dosanya yang lalu dan pada malamnya berjaga malam
atau bangun tengah malam sembahyang sunat tahjud, sembahyang sunat tasbih,
berzikir, beristighfar, bertasbih, berselawat, membaca al-Quran, berdoa dan
sebagainya. Pad bulan rejab inilah dilipat gandakan pahalanya, dilipat
ganda keampunan dosa-dosanya dengan mudah mendapat keampunan dan taubat
dari allah, diangkat darjat keimanan oleh allah didunia, dan diangkat
darjat yang tinggi didalam syurga di akhirat. Sungguh beruntung sekali bagi
hamba-hambaNya yang menggunakan kesempatan bulan rejab ini berlumba-lumba
memperbanyakan amalan ibadat dalam hidupnya sungguh satu rahmat Allah yang
terbesar yang dianugerahkan kepada hambaNya denagn mendapat keredhaanNya
yang besar dan rugilah orang-orang yang ketinggalan rahmat yang melepaskan
kita daripada azab neraka dan mendapatkan kita ke dalam syurga.
Judu (Pemurah)
:
Begitu sekali
pemurahNya dan baikNya Allah kepada hambaNya yang beriman dan beramal soleh
kepadaNya dengan balasan pahalaNya yang begitu banyak sekali, dan diangkat
darjatnya yang tinggi didalam syurga dengan mudahnya diberi keampunan dan
taubat yang begitu bangyaknya pula. Sesungguhnya pemurahNya dan baikNya Allah terhadap hambaNya pada bulan yang mulia ini.
Berkebajikan
:
Sungguh bulan
Rejab ini adalah bulan kebajikan dan kebaikan Allah kepada hambaNya. Bulan
yang diperintah banuak berbuat amal kebajikan padanya, bulan yang
digalakkan berbuat amal ibadat, sembahyang fardhu dan sembahyang-sembahyang
sunat, bulan diperbanyakkan beristighfar memohon keampunan dan taubat ke
hadrat allah, berzikir, bertasbih, berselawat, berdoa bersedekah, dan
segala rupa kebaikkan dan kebajikan yang diperintah Allah dan rasulNya.
Bulan Allah membuka pintu kebajikan dengan luas (banyaknya amal-amal
kebajikan, dan banyak serta besar palu anugerah balasannya yang tidak
terhingga). Banyak pemberian allah dan banyak pula hambaNya lumba-lumba
memenuhi amalnya - banyak Allah memberi kebajikan dan banyak pula banyak
pula hambaNya berbuat kebajikan. Bertambah dekat hambaNya dengan Tuhannya
dan bertambah dekat pula Tuhannya dengan hambaNya. Betapa besar keredhaan
allah terhadap hambaNya dan betapa besar pula keredhaan hambaNya terhadap
Allah.
BULAN REJAB DI
DALAM AL QURAN DAN AS SUNNAH
Al Quran tidak
menyebut secara khusus mengenai bulan Rejab dan kelebihannya melainkan
terdapat dua surah yang menyebut secara tidak langsung iaitu Surah al
Baqarah (ayat 194 dan 217) dan surah At Taubah (ayat 2, 36 dan 37)
"Mereka bertanya
kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang
dihormati, katakanlah "Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa
besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan
Allah,dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat
(orang-orang Islam) ke Masjidil Haram (di Mekah), serta mengusir
penduduknya dari situ,(semuanya itu) adalah lebih besar dosanya di sisi
Allah SWT. (Al Baqarah ayat 217)
Bulan Rejab
merupakan salah satu daripada Al Ashur Hurum selain bulan Muharram,
Zulkaedah dan Zulhijjah)
Manakala
kebanyakkan hadis menceritakan amalan berpuasa dalam bulan ini walaupun
tiada satu hadis sahih yang membuktikan bahawa berpuasa pada hari tertentu
dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.
Seorang lelaki
dari Bahilah datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya "Ya
Rasulullah, saya adalah lelaki yang datang menemui anda pada tahun pertama
"Nabi bersabda" Kenapa keadaanmu telah jauh berubah padahal
dahulunya kelihatan baik? Kata lelaki itu"semenjak berpisah dengan
anda, saya tidak makan hanyalah di waktu malam "Maka tanya Rasulullah
SAW" Kenapa kamu seksa diri kamu? Lalu sabdaNya" Berpuasalah pada
bulan sabar yakni bulan Ramadhan dan satu hari dari setiap bulan
"Tambahlah buatku kerana saya kuat melakukannya! Ujar lelaki itu
"Berpuasalah dua hari! Sabda Nabi." Tambahlah lagi "Mohon
lelaki itu pula. Maka Nabi SAW bersabda "Berpuasalah dalam bulan suci
(haram ) lalu berbukalah! (kemudian diulangi sebanyak 3 kali sambil
mengucapkan itu Nabi SAW memberi isyarat dengan jari-jarinya yang tiga,
mula-mula digenggam lalu dilepaskan"
(hadis riwayat
Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majjah dan Baihaqi dengan sanad yang baik)
PERISTIWA PENTING BULAN REJAB
1. Hijrah
Pertama Dalam Islam
Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita
yang mereka tanggung apabila pihak Musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan
ancaman kepada Baginda dan orang yang beriman. Lalu Rasulullah
memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.
Tujuan hijrah ini untuk menyelamatkan iman, keselamatan diri dan mencari
tapak baru untuk agama Islam berkembang. Di antara yang berhijrah ialah
Saidina Othman RA dan Isterinya Roqiah anak Rasulullah dengan jumlah
kesemuanya adalah 14 orang. Habsyah dipilih kerana rajanya dikenali dengan
sikap terbuka dan bertoleransi.
2. Israk dan
Mikraj
Israk dan Mikraj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke
Baitulmaqdis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan
untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.
Terdapat khilaf ulamak mengenai tarikh sebenar berlakunya peristiwa ini
tetapi jumhur ulamak bersepakat menerima ianya berlaku pada 27 Rejab.
Tetapi berlakunya peristiwa itu tidak penting kerana apa yang lebih penting
ialah umat Isla wajib meyakini bahawa peristiwa ini adalah benar-benar
berlaku ke atas diri Rasulullah SAW berdasarkan dalil qatie dari al quran
dan hadis sahih.
3.
Peperangan Tabuk
Peperangan Tabuk berlaku dalam tahun 9 hijrah di satu kawasan bernama Tabuk
di utara Semenanjung Arab dengan bala tentera Rasulullah SAW seramai 30,000
orang. Akhirnya peperangan tidak berlaku kerana tentera Rom telah melarikan
diri kerana takut dangeru n kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam
yang sanggup menghadapi pelbagai cabaran.Ia juga peperangan terakhir yang
disaksikan oleh Rasulullah SAW.
4. Pembebasan
Baitul Maqdis
Baitul Maqdis telah dibuka pada zaman pemerintahan Saidina Umar bin Al
Khattab RA. Akibat kelalaian dan perpecahan umat di zaman pemerintahan
Abbasiyah,orang kristian(tentera Salib) telah melakukan serangan
bertubu-tubi ke atas Baitul Maqdis dan akhirnya berjaya
ditawan setelah 500 tahun dikuasai pemerintahan Islam. Tentera Salib telah
mendudukinya selama 50 tahun sebelum dibebaskan kembali
tentera Islam di bawah panglima perang Salehuddin Al Ayubi yang berjaya
ditawan pada hari Jumaat 27 Rejab 583H. Pada tahun 1967/1387H, umat Yahudi
pula menawan Baitul Maqdis dan menamakan negara baru mereka dengan nama
Israel.
5.
Lahirnya Imam Syafie RH
Nama sebenar Imam Syafie ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah,
Palestine pada tahun 150H bersamaan 767M. Merupakan salah seorang daripada
imam mazhab yang empat dan Malaysia adalah antara negara yang majoriti
mengamalkan mazhab syafie. Salah satu peninggalan beliau yang amat berharga
dan tidak ternilai harganya hingga menjadi rujukan hingga kini ialah Kitab
Al Umm.
Hadith- Hadith
berkaitan Bulan Rejab
Satu perkara yang
perlu juga dijelaskan ialah tiada amalan khusus dalam bulan Rejab yang
diriwayatkan oleh Rasulullah SAW dari hadith-hadith Sahih. Amalan tertentu
seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah di bulan Rejab adalah
bersandarkan kepada hadis-hadis lemah.
Namun masih banyak
lagi amalan sunat secara umum yang masih boleh kita tunaikan di bulan Rejab
ini sebagai persediaan menjelang tibanya bulan Ramadhan seperti qimullail,
puasa Isnin dan Khamis. Tadarus Al Quran dan lain-lain lagi.Memperbanyak
puasa sunat amat digalakkan agar tubuh kita tidak terkejut apabila menerima
tuntutan ibadah puasa wajib di bulan Ramadhan.
|
No comments:
Post a Comment